skprsm.zoom-a.com
SK PEKAN, RANAU SABAH
Peti Surat 4, 89307 Ranau
No Tel : 088875341
e-mel : skprsm@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | PENTADBIR SEKOLAH | STAF GURU | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | PASCA UPSR | KELAS DIGITAL | BERITA TERKINI | SAMBUTAN KEMERDEKAAN | HARI TERBUKA SEKOLAH | MAKLUMAT SEKOLAH | |

Sejarah Kewujudan

Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau.

            Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau (2006) kini telah menjangkau usia lebih kurang 70 tahun. Sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada 15.07.1936 oleh penduduk kampong yang diketuai oleh Encik Kabindong Bin Gawak yang pada waktu itu merupakan seorang Ketua Anak Negeri. Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya dikenali sebagai Venecolar School yang dikendalikan oleh guru-guru yang dibayar gaji oleh ibu bapa  murid.

            Tapak asal sekolah ini bukanlah pada tapak yang ada pada masa sekarang. Tapak asal sekolah ini dibina lebih kurang 500 meter ke arah Timur Laut daripada tapak sekolah pada masa kini. Bangunan asal sekolah pada masa tersebut hanya merupakan sebuah bangunan buluh beratapkan rumbia. Bangunan itu didirikan setelah permohonan Encik Kabindong diluluskan.

            Pada tahun 1950, sekolah tersebut telah dipindahkan ke tapak baru berhampiran dengan Hospital Daerah Ranau. Kedudukan tapak kedua ini lebih kurang 200 meter ke utara daripada tapak sekolah yang ada sekarang ini. Sekolah tersebut bertahan selama 10 tahun dan dikenali sebagai Government Primary School. 

            Pada tahun 1960, sekolah tersebut berpindah untuk kali ketiganya ke tapak sekolah sekarang. Pada awalnya, bangunan sekolah ini hanya terdiri daripada dua blok bangunan yang mengandungi enam buah bilik darjah berserta dua buah rumah guru. Bangunan ini berlantaikan simen, beratapkan zink dengan dindingnya daripada kayu dan batu-batan daripada sungai Liwagu.

            Pertambahan jumlah murid dari masa ke semasa telah memerlukan pertambahan bilik darjah. Pada tahun 1975, pihak syarikat Mamut Copper Mine telah menyumbangkan pembinaan sebuah bangunan kayu yang mengandungi dua buah bilik darjah.

            Pada tahun 1986 di bawah program “Projek Kilat” Jabatan Pendidikan Sabah telah membina sebuah bangunan kayu yang mengandungi dua bilik darjah untuk sekolah ini. Pada tahun 1992 sebuah bangunan yang mengandungi empat buah bilik darjah telah dibangunkan di bawah program yang sama. Dua daripada empat buah bilik darjah tersebut telah dijadikan bilik guru dan bilik pentadbiran.

            Pada tahun 1995, sebuah bangunan baru telah didirikan di bawah program            “Projek Kecemerlangan” . Bangunan ini mengandungi  empat buah kelas dan kos pembinaannya adalah daripada individu, ibu bapa dan pemimpin masyarakat.

            Pada tahun 1997, sebuah bangunan kayu telah didirikan dibawah program “sumbangsih”. Bangunan ini mengandungi dua buah kelas dan kos pembinaannya telah dibiayai oleh guru-guru dan kakitangan bukan mengajar di sekolah ini.

            Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau telah menjangkau usia 46 tahun berada di tapaknya sekarang dan 70 tahun sejak sejarah penubuhannya. Sekolah ini kini mengandungi sembilan buah bangunan dengan 13 buah bilik darjah termasuk sebuah surau, sebuah Pusat Sumber dan sebuah bilik gerakan. Pada masa kini sekolah ini mempunyai 641 orang pelajar.

            Sumbangan sekolah ini terhadap pendidikan negara amat bernilai dan telah melahirkan ramai murid yang telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR.

Memandangkan kawasan sekolah ini amat terhad, satu kawasan tapak baru perlu dikenalpasti untuk membina sebuah sekolah baru bagi menampung jumlah murid yang meningkat setiap tahun.

SENARAI GURU-GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS DISEKOLAH SK.PEKAN RANAU

1936 - 1938EN. SAKUNIL GUNSANAD
1938 - 1939MD.JAAFAR MIRI
1939 - 1940CHO PENG KONG @ MOHD. YUSOF CHO
1940 - 1941EN.LINUS MARIKAN
1943 - 1946MASRY RANTO
1946 - 1947EN. GULITANG GUBAYAU
1947 - 1950EN. BAGONG UNTU
1952 - 1953EN.APIN DANGGI
1953 - 1959EN.AMIR JAHALI
1959 - 1960EN.GHANI BAGUL
1960 - 1961EN.JAAFAR LASHIM
1961 - 1962PG. JALALUDDIN
1962 - 1963EN.MADI YAAKOB
1963 - 1964EN.SIMAN YAAKOB
1964 - 1966EN.GULITANG GUBAYAU
1966 - 1970EN.AMIR JAHALI
1970 - 1982EN.SADI TAHIR
1982 - 1983EN.NORJAM ENDINGAN
1983 - 1999EN.SABRI JAHIM
1999 - 2004EN.SUHAIBUL SURIMAN
2004 - 2006PN.HJH. JENONG BT.LATUN






Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: