SAMBUTAN PERINGKAT SEKOLAH PADA 30HB.OGOS 2006.
ANTARA PROGRAM YANG DIJALANKAN:
Perarakan
Program ini melibatkan semua warga sekolah termasuklah para ibu bapa serta tetamu khas yang dijemput berarak mengelilingi pekan dengan membawa serta mengibarkan jalur gemilang. Ianya juga melibatkan agansi-agensi kerajaan sekitar daerah Ranau.
Guru-guru dan ibu bapa SK.Pekan Ranau
Pasukan Pancaragam Sekolah
Jalur Gemilang ( 60 meter panjangnya)
Pertandingan
Beberapa bentuk pertandingan sebagai pengisian program. Di antaranya pertandingan deklamasi sajak, syarahan, membuat dan melukis jalur gemilang, serta pertandingan karaoke.
Pelajar Yang Menjuarai Pertandingan Karaoke.
Persembahan
Bagi mengisi majlis kemuncak sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah, beberapa bentuk persembahan seperti phantomin, mengagung, tarian kebudayaan, deklamasi sajak, syarahan dan menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Penjualan Bendera
Sebagai memeriahkan sambutan, pihak penganjur mengharapkan semua murid memiliki bendera untuk dikibarkan terutama semasa majlis kemuncak dan semasa perarakan. Untuk itu jawatankuasa menyediakan seberapa banyak bendera kecil untuk dijual kepada murid.
Majlis Pelancaran
Dalam majlis pelancaran yang disempurnakan oleh guru besar diadakan semasa dalam perhimpunan mingguan. Pengisiannya seperti ucapan pelancaran dan senam robek beramai-ramai.
Majlis Kemuncak
Program ini sebagai program kemuncak bagi semua program di mana melibatkan semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta orang-orang kenamaan yang dijemput serta sebagai tetamu khas. Di antara pengisiannya seperti ucapan-ucapan, beberapa persembahan dan penyampaian hadiah.
PK1 menyampaikan cendera kenangan kepada pegawai perasmi.
Ucapan Perasmian Penyelia Pelajaran Daerah ( En.Jusli Hj.Zakaria)
Laungan MERDEKA oleh Warga Sekolah.
Acara Memotong Kek Hari Kemerdekaan Oleh Para Pentadbir Sekolah, YDP PIBG dan Pegawai Perasmi.
( Kanan: En.Paul Gambisir PK Kokum, En.Asmin Nasir YDP PIBG, En.Jusli Hj.Zakaria Penyelia Pelajaran Daerah, Pn.Anna Goddos HEM, Pn.Adzillah Abdullah PK1 dan Pn.Rosnie Abie P.Petang)